Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Misian Orbituary
Fri Jul 03 2009, 13:37 by liyana izzam

» tahniah to azlan fitri
Wed Jun 17 2009, 16:10 by Malaya81

» spm batch 1998
Wed Jun 17 2009, 13:43 by Malaya81

» Assalamualaikum...
Wed Jun 17 2009, 13:34 by Malaya81

» sarol
Tue Jun 16 2009, 12:30 by Juan De La B-Jay

» Assalammualaikum
Tue Jun 16 2009, 11:29 by sha_nur2209

» Assalammualaikum
Thu Jun 04 2009, 15:33 by liyana izzam

» Nama Saya aVe
Fri May 29 2009, 20:32 by ~ eim ~

» Wedding Day
Thu May 28 2009, 00:07 by liyana izzam

Link
SMKATUNAZ
September 2017
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar

Statistics
We have 45 registered users
The newest registered user is emptyhumorist30

Our users have posted a total of 368 messages in 72 subjects
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 41 on Thu Oct 24 2013, 15:32
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Waktu Solat
Hadith Fadhilat

Sejarah Ringkas

View previous topic View next topic Go down

Sejarah Ringkas

Post  Admin on Thu May 21 2009, 15:26



SMB(A) Majlis Islam Sarawak berjaya ditubuhkan atas perjuangan pemimpin masyarakat Islam di Sarawak khususnya di Kuching yang mempunyai kesedaran untuk memajukan pendidikan Islam di Sarawak. Masyarakat Islam perlu memiliki ilmu duniawi serta pendidikan Islam untuk membolehkan mereka maju dalam segala aspek kehidupan dan seterusnya menjadi ummah yang disegani oleh masyarakat lain dalam negeri yang berbilang bangsa ini.

Penubuhan sekolah ini juga diharap dapat melahirkan umat Islam yang berkualiti dan menjadi golongan pemimpin Islam yang akan meneruskan dan mengekalkan kepimpinan Islam yang sedia ada pada hari ini.

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, Sekolah Datuk Abdul Rahman (SEDAR) telah dibuka untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Islam yang gagal melanjutkan pelajaran mereka di sekolah kerajaan kerana gagal dalam peperiksaan ‘Common Entrance’. Namun apabila ‘Common Entrance’ dihapuskan pada tahun 1974, SEDAR pun ditutup.

Penutupan SEDAR tidak mematahkan semangat pemimpin masyarakat Islam untuk meneruskan perjuangan mereka bagi memajukan pendidikan Islam di Sarawak.. Penubuhan Lembaga Darul Falah pada tahun 1981 yang bertujuan antara lainnya mengembangkan pendidikan di kalangan masyarakat Islam di Sarawak sekali lagi memberi peluang kepada pemimpin masyarakat Islam untuk merealisasikan hasrat mereka. Datuk Anis bin Haji Abot yang dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak pada tahun 1985 telah berusaha untuk meneruskan perjuangan pemimpin masyarakat Islam tempatan untuk menubuhkan sekolah agama di Sarawak. Atas usaha yang gigih itulah tertubuhnya Sekolah Rendah Agama Majlis Islam pada tahun 1985.

SMB(A) Majlis Islam Sarawak telah dibuka pada 1 Disember 1990. Penubuhannya menambah lagi peluang kepada anak-anak masayarakat Islam negeri ini melanjutkan pelajaran mereka di sekolah aliran agama di samping Sekolah Menengah Kerajaan Agama Syeikh Othman Abdul Wahab, Sekolah Menegah Kerajaan Agama Matang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.

Proses penubuhannya dipercepatkan apabila pihak ibu bapa murid-murid SRB(A) Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan semakin mendesak pihak Majlis Islam supaya menubuhkan sebuah sekolah menengah agama bagi membolehkan anak-anak mereka meneruskan pelajaran peringkat menengah di sekolah yang sama. Kejayaan Yang Berhormat Datuk Abang Haji Johari bin Tun Abang Haji Openg dan Yang Berbahagia Datuk Anis bin Haji Abot dalam meyakinkan pihak kerajaan negeri pada masa itu tentang kepentingan penubuhan sekolah ini dan cara pentadbirannya amat signifikan. Ekoran daripada kejayaan tersebut, pihak Majlis Islam Sarawak telah melantik al-marhum Tuan Haji Khalid Kaderi sebagai pegawai yang akan bertangungjawab untuk mengendalikan urusan pendaftaran dan menjaga kepentingan dan keperluan sekolah ini. Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan. Dengan itu Majlis Islam Sarawak melalui Jabatan Agama Islam Sarawak akan bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sementara urusan pentadbiran, kurikulum dan ikhtisas, penempatan murid dan guru adalah dibawah kawalan pihak Jabatan Pelajaran Sarawak.

Walaupun tujuan utama pembukannya pada ketika itu adalah untuk menempatkan murid-murid SRB(A) Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, namun sejajar dengan hasratnya untuk melahirkan ummah yang berkualiti, sekolah ini juga telah menerima murid-murid Islam dari sekolah rendah kerajaan di sekitar Bandar Kuching pada masa itu.

Sekolah yang baru dibuka itu telah menumpang beberapa buah bilik darjah di SRB(A) Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan sehinggalah premis tetapnya siap dibina pada tahun 1997. Pada 31 Januari 1997, sekolah ini telah berpindah ke premis baru ini yang terletak bersebelahan dengan SRB(A) Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di atas tapak seluas 80 ekar dengan kos binaannya sebanyak RM20 juta. Sekolah ini telah dirasmikan pada 19 Mei 1997.

Semasa perayaan ulang tahunnya yang ke-10 tahun pada 6 Jun 2001, sekolah ini dinamakan sebagai SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN AHMAD ZAIDI sebagai memperingati ketokohan, sumbangan dan jasa al-marhum Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Nor yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-lima.

Dipetik dari sumber Facebook SMB (A) Majlis Islam Sarawak

Gambar oleh Bong Tien Onn
avatar
Admin
Admin

Posts : 31
Join date : 2009-05-20

View user profile http://exmisian.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum